Kos awal bagi menyediakan prasarana melibatkan perbelanjaan seperti ubahsuai, deposir sewa, pakaian, buku-buku, alatan (katil, meja dan lain-lain) adalah sebanyak RM 20,000.00. Urusetia masih memerlukan sebanyak RM 15,000.00 lagi bagi menampung penambahan prasarana.
Kos operasi adalah sebanyak RM 5,000 sebulan melibatkan makan-minum, wang saku, persekolahan,pakaian pengangkutan, ultiliti, sewa rumah, gaji dan upah serta lai-lain belanja pengurusan.
Pihak urusetia menjangkakan kos operasi tersebut akan meningkat kepada RM 10,000.00 sebulan apabila pengambilan kanak-kanak di penempatan sementara ini mencecah bilangan seramai 13 orang pada tahun 2006.
Bagi merialisasikan jumlah kewangan sebanyak RM 10,000.00 sebulan maka pihak urusetia PERMATA CAMAR mengharapkan agar ada pihak korporat, swasta, badan berkanun, agensi kerajaan, NGO atau mana-mana individu yang prihatin dan dermawan tampil untuk menghulurkan sumbangan secara tetap dan berterusan kepada rumah ini.
Kepada semua badan / organisasi / individu yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama PERMATA CAMAR, semua majlis tersebut mesti diadakan di PERMATA CAMAR. Sila hubungi 013-986 5851 (En. Azman Ali) untuk urusan majlis tersebut.
Monday, September 8, 2008
Visi Rumah Anak Yatim Permata Camar
Menyediakan penempatan dan kemudahan yang lengkap kepada anak-anak yatim serta miskin dalam proses membentuk individu Muslim yang berakhlak mulia dan mampu berdikari. |
Misi Rumah Anak Yatim Permata Camar
Membina kompleks yang serba lengkap dengan kemudahan yang selesa dan terkini. | ||
Membimbing dan membentuk penghuninya untuk menjadi Muslim sejati serta individu berakhlak mulia. | ||
Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berwibawa. |
Objektif Rumah Anak Yatim Permata Camar
Mengujudkan satu kompleks rumah anak-anak yatim yang diuruskan secara sistematis dan terancang. | ||
Membantu dan memberikan nafas baru kepada anak-anak yatim khususnya yang terdiri dari golongan fakir dan miskin. | ||
Membuka dan memberi ruang kepada golongan yang berkemampuan untuk menyalurkan sedekah dan sumbangan mereka kepada satu organisasi yang diuruskan secara profesional. |
Subscribe to:
Posts (Atom)