Kepada semua badan / organisasi / individu yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama PERMATA CAMAR, semua majlis tersebut mesti diadakan di PERMATA CAMAR. Sila hubungi 013-986 5851 (En. Azman Ali) untuk urusan majlis tersebut.

Monday, September 8, 2008

Kos Operasi Rumah Anak Yatim Permata Camar

Kos awal bagi menyediakan prasarana melibatkan perbelanjaan seperti ubahsuai, deposir sewa, pakaian, buku-buku, alatan (katil, meja dan lain-lain) adalah sebanyak RM 20,000.00. Urusetia masih memerlukan sebanyak RM 15,000.00 lagi bagi menampung penambahan prasarana.
Kos operasi adalah sebanyak RM 5,000 sebulan melibatkan makan-minum, wang saku, persekolahan,pakaian pengangkutan, ultiliti, sewa rumah, gaji dan upah serta lai-lain belanja pengurusan.
Pihak urusetia menjangkakan kos operasi tersebut akan meningkat kepada RM 10,000.00 sebulan apabila pengambilan kanak-kanak di penempatan sementara ini mencecah bilangan seramai 13 orang pada tahun 2006.

Bagi merialisasikan jumlah kewangan sebanyak RM 10,000.00 sebulan maka pihak urusetia PERMATA CAMAR mengharapkan agar ada pihak korporat, swasta, badan berkanun, agensi kerajaan, NGO atau mana-mana individu yang prihatin dan dermawan tampil untuk menghulurkan sumbangan secara tetap dan berterusan kepada rumah ini.

2 comments:

arr said...

Salam,
Boleh saya dapatkan butiran untuk sumbangan?
Sekian, wassalam.
arr

arr said...

boleh emailkan saya butirannya?
akhtar79@yahoo.com
akhtar.razali@googlemail.com